Fleas Control, Pest Control Malaysia, Pest Control Selangor, Fleas, Masalah Kutu, Kutu, Eco Shield Pest Control Malaysia
Kutu : Serangga penghisap darah yang sangat menjengkelkan.
Kutu merupakan serangga kecil yang mempunyai ukuran saiz diantara 1-4 mm panjang yang tidak bersayap. Bentuk badannya leper ke sisi, lazimnya berwarna perang dan boleh melompat. Gigitan kutu merupakan gangguan utama kepada manusia kerana ia menyebabkan seseorang berasa sungguh tidak selesa.Kutu dewasa yang telah mati selepas servis kawalan kutu dijalankan |
Kucing kami hanya duduk di dalam rumah, bagaimana boleh mendapat masalah kutu?
Ramai beranggapan kucing peliharaan yang tinggal di dalam rumah tidak akan terkena serangan kutu.Anda silap!
Kutu dewasa mampu melompat sehingga 100 kali dari ketinggan saiz badan dan sangat licik.
Kesimpulannya, terdapat pelbagai faktor samada manusia atau haiwan peliharaan yang lain yang tanpa pengetahuan kita mampu menjadi penyebab masalah kutu berada di dalam rumah.
Berikut adalah antara beberapa kes masalah kutu yang pernah kami hadapi:
KES KUTU 1
Tuan rumah menghadapi masalah serangan kutu yang serius di dalam rumah (banglo) dan mengesyaki punca dari kucing jiran sebelah.
Status Pemeriksaan:
Serangan kutu berpunca dari dua ekor bangkai anak kucing yang ditemui terperangkap di belakang almari di bilik simpanan barang.
Sumber: www.feline-friends.org.uk |
KES KUTU 2
Kediaman rumah sewa (apartment) di Shah Alam mengalami serangan kutu disebabkan salah seorang penyewa membela kucing di dalam bilik.
Status Pemeriksaan:
Walaupun kucing telah dikeluarkan dari rumah tersebut, masalah kutu telah merebak ke ruang tamu serta bilik penyewa yang lain. Terdapat kutu dewasa di beberapa tempat seperti permaidani serta set sofa yang berbulu.
Sumber: www.zastavki.com |
KES KUTU 3
Sebuah rumah sewa (teres 1-tingkat) di Petaling Jaya telah ditinggalkan tanpa penghuni selama lebih sebulan. Penjaga rumah tersebut meminta kami melakukan servis kawalan serangga sebelum penyewa baru masuk.
Status Pemeriksaan:
Kutu melompat ke pakaian sebaik masuk ke dalam rumah. Pemeriksaan mendapati terdapat najis kucing di bahagian dapur dan terdapat lubang laluan yang memudahkan kucing untuk masuk dan tinggal di dalam rumah tersebut.
Sut coveralls water resistant dipakai bagi memudahkan kawalan kutu yang sangat serius. |
1. How do indoor cats get fleas, http://www.petful.com
2. Fleas: Solving a flea problem, http://www.vetwest.com.au
3. How did my cat get fleas and/or ticks, http://www.petmd.com/cat
2. Fleas: Solving a flea problem, http://www.vetwest.com.au
3. How did my cat get fleas and/or ticks, http://www.petmd.com/cat
SEBARANG PERTANYAAN SERVIS/QUOTATON,
BOLEH HUBUNGI TERUS:
BOLEH HUBUNGI TERUS:
EN. ANUAR-PENGURUS OPERASI
Hotline/ WhatsApp: 019-2355996
Hotline/ WhatsApp: 019-2355996
Email: ecoshield.my@gmail.com